Ahad, 8 Januari 2012

Pendaftaran Pelajar Baru

Tahun 2012......7 pelajar baru menjadi warga Kelas Pendidikan Khas SMK Tunku Ismail......anak-anak istimewa..Alif Najmi, Mikail, Pong, Tiha, Firdaus, Zul dan Lokman....Pelajar bertambah, guru belum lagi bertambah. Kegigihan Kak Mar dan Kak Ila (PPM) yang bertungkus lumus membuat persediaan sebelum sekolah bermula sangat membantu dalam melancarkan proses pendaftaran pelajar-pelajar baru. Terima kasih Kak Mar dan Kak Ila.


Cikgu Zawiyah dan Cikgu Wati menguruskan pendaftaran pelajar baru sementara Teacher Hani dan Cikgu Mazni mengendalikan kelas pelajar lama. Pelajar-pelajar lama tetap ceria seperti selalu dan amat membanggakan kedatangan pada hari pertama persekolahan 90%. Harap-harap kedatangan pelajar ke sekolah sebegini akan kekal hingga akhir tahun.



Sabtu, 19 November 2011

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kelas Pendidikan Khas SMK Tunku Ismail 2011

Ibubapa yang hadir

Ooi Poh Chien menerima hadiah
Alhamdulillah, selesai sudah majlis yang kami semua nanti-nantikan. Syukur, semuanya berjalan dengan lancar. Jelas terpancar kegembiraan di wajah pelajar-pelajar kami. Buat Ooi Poh Chien, tahniah kerana menjadi pelajar terbaik keseluruhan tahun 2011. Walaupun dengan tenaga 4 guru dan 2 PPM sahaja.....kesemuanya perempuan, kami berjaya juga melaksanakan majlis yang tak seberapa ini...ditambah pula, ini adalah Majlis Anugerah Kecemerlangan sulong kami.....buat Cikgu Mwati Abd Aziz, anda seorang ketua yang hebat...walaupun demam, masih bersemangat. Kami juga sangat berbangga dengan sokongan Pegawai PPD, Puan Pengetua dan barisan pentadbir yang sudi menghadirkan diri ke majlis ini. Kehadiran ibubapa yang memenuhi ruang dewan sehingga tak cukup kerusi juga amat dihargai. Harapan kami guru-guru Pendidikan Khas SMKTI, agar majlis tahun hadapan akan lebih meriah dan hebat.

Persembahan pelajar-pelajar